1% Caj Penalti Akan Dikenakan Setiap Hari Jika Lewat Bayar Bil Elektrik?, Ini Jawapan TNB

Sharing is caring!

Sebelum ini tersebar di media sosial mengenai pengiraan denda lewat bayar bil elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sebaran PALSU mendakwa caj satu peratus akan dikenakan setiap hari selepas tarik bayaran. Sebaran PALSU tersebut menyatakan jika anda lewat membayar selama 5 hari, anda akan dikenakan bayaran RM5.

 

FAKTA!!

Formula pengiraan caj penalti lewat bayar yang dikongsikan seperti di atas adalah TIDAK tepat.

TNB akan mengeluarkan bil untuk penggunaan elektrik sebulan dan pelanggan diberi tempoh 30 hari dari tarikh bil untuk membuat pembayaran.

Sekiranya pembayaran bil dibuat selepas tempoh ini, caj penalti lewat bayar (1% sebulan dari jumlah keseluruhan bil) akan dikenakan. Pengiraannya adalah seperti berikut:

Jumlah bil – RM500
Tarikh bil – 1 November 2018
Perlu bayar sebelum – 30 November 2018
Tarikh pembayaran – 5 Disember 2018 (lewat 5 hari)
Kiraan caj penalti lewat bayar: RM500 x 1% x 5/30 hari = RM0.83

 

Sumber : sebenarnya.my

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: