Zoo Benar Kanak-kanak Dekati Singa

Zoo Benar Kanak-kanak Dekati Singa

Sharing is caring!

Sebuah zoo di wilayah Palestin yang pernah musnah dibom tentera Israel pada tahun 2004 telah menawarkan aktiviti menarik kepada pelawat khususnya kanak-kanak.

Antara yang menarik perhatian ialah peluang untuk bermain dengan singa yang jinak.

Pengunjung boleh berada dekat dengan Falestine

Falestine, singa berusia 14 tahun dilihat tenang ketika bersama pengunung di zoo dekat selatan Gaza itu.

“Saya cuba mengurangkan sifat agresif singa betina itu supaya dapat bermain dengan pelawat,” kata Mohammed Jumaa, 53, pemilik zoo berkenaan.

Fayez al-Haddad, doktor veterinar yang menjaga Falestine, akan memerhati tingkah laku singa tersebut kerana ia akan dibawa keluar dari sangkarnya dan boleh dihampiri penduduk setempat, termasuk kanak-kanak.

“Kukunya dipotong supaya pelawat dan kanak-kanak boleh bermain dengannya,” kata Fayez.

Dia menafikan tindakan itu adalah kejam kepada haiwan tersebut.

“Kami mahu membawa senyuman dan kebahagiaan kepada kanak-kanak, sambil meningkatkan jumlah pengunjung ke zoo, yang mengalami perbelanjaan yang tinggi,” katanya.

Zoo tersebut agak sempit menempatkan lima ekor singa dan beberapa burung dan haiwan lain.

Menurut sumber, meskipun kuku Falestine telah dipotong namun dalam masa enam bulan ia boleh tumbuh kembali dan ia masih mempunyai gigi taring untuk makan.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: