Debat Panas Vaksin TV Al-Hijrah : Kalah pendokong Puak Anti Vaksin..Akhirnya Mengaku Perlunya Vaksin [Video]

Debat Panas Vaksin TV Al-Hijrah:Akhirnya pendokong Puak Anti Vaksin Mengaku Perlunya Vaksin

Sharing is caring!

Malam tadi,satu rancangan bual-bicara di bawah TV Al-Hijrah Menampilkan dua panel jemputan iaitu, Dr. Nurul Huda (doktor freelance) dan Dato’ Dr. Musa (Pakar Perunding Pediatrik) untuk berdebat mengenai tajuk ‘Vaksin : Pelindungan atau Kemudaratan’ yang mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Perdebatan ini berlangsung selama hampir satu jam dan memperlihatkan pengelolaan yang dibawa oleh Dr. Huda ditepis dan dipersoal oleh orang ramai. Apa yang menariknya, perdebatan tersebut juga ditambah lagi dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Musa mengenai vaksin yang sepatutnya diambil untuk mencegah penyakit.

Dr. Rafidah(PegawaiPerubatan Pakar Klinikal di Hospital Kuala Lumpur) menyatakan beliau sebagai seorang doktor malu menonton dan memalukan alumni UKM.

Moderator turut melontarkan soalan checkmate kepada Dr. Huda…. “sebagai seorg muslim.. jika pandangan WHO dan pakar perubatan tak diikut, pandangan ulama tak dipatuhi, nak ikut kata siapa?” .

Akhirnya Dr Nurul Huda mengaku lebih elok menggandingkan makanan sunnah dengan vaksin berbanding menggantikan vaksin dengan makanan sunnah..

DR. MUSA BIDAS PUAK ANTI VAKSIN

Menurut Dr Musa , dahulunya Malaysia mempunyai herd immunity sebanyak 95%. Now vaksin coverage is only abt 88% disebabkan kumpulan antivaksin. Dr. Musa memberi pandangan menarik memberi contoh anak Dr. Huda tidak diberi vaksin memberi bahaya kepada kanak-kanak yang lain…. Kata Dr. Musa”….Yang risaunya, kanak kanak… vaksin tidak boleh diberi dibawah umur 9 bulan, kalau anak Dr Huda tak ambil vaksin, kena measles… measles kalau you kena, risiko saya kena 90%…..tapi saya ada vaksin.. tapi kalau kena pada anak kecil, anak ada kanser, anak yang ada HIV, anak yang ambil steroid.. kita tak boleh bagi dia VAKSIN!!!…. IT’S A DEATH SENTENCE!!”

Video Debat Vaksin di TV AlHijrah :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: