Samun ; Wanita Kena Belasah Dalam Lif [VIDEO]

Samun, Wanita Kena Belasah Dalam Lif [VIDEO]

Sharing is caring!

Tular di media sosial memaparkan video kejadian samun melibatkan seorang  wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran  Ringan (MRT) Taman Mutiara, Cheras awal pagi kelmarin.

Susulan itu,suspek seorang lelaki di percayai warga tempatan kini diburu pihak polis.

Menurut pihak polis , dalam kejadian sekitar pukul 6.45 pagi itu mangsa berusia 48 tahun telah disamun selain dibelasah di dalam lif di stesen berkenaan.

Mangsa juga dilaporkan turut mengalami kecederaan di dahi dan beberapa bahagian badan setelah dibelasah oleh suspek serta kehilangan wang tunai dan barangan peribadi.

Tiga saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan. Suspek kini diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, satu klip televisyen rakaman litar tertutup (CCTV) berdurasi 56 saat telah tular di media sosial memaparkan mangsa yang berjalan seorang diri telah diekori oleh seorang lelaki masuk ke dalam lif sebelum bertindak menumbuk serta menendang mangsa berulang kali sebaik pintu lif tertutup.

Suspek kemudian menarik beg tangan milik mangsa dan mengambil dompet wanita itu sebelum melarikan diri keluar dari lif meninggalkan mangsa yang cedera.

Video Samun Dalam Lif :

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: