Tak Layan Permintaan Beli Motosikal & Telefon Baru , Anak Nekad Bakar Ibu

Tak Layan Permintaan Beli Motosikal & Telefon Baru , Anak Nekad Bakar Ibu

Sharing is caring!

Akibat dari permintaan untuk membeli sebuah motosikal baharu dan telefon pintar tidak ditunai, seorang remaja berusia 17 tahun tergamak membakar ibu kandungnya hidup-hidup di rumah.

Kejadian dilaporkan berlaku di New Town, Jagatpur, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, remaja lelaki yang berang dengan ibunya bertindak mengunci wanita itu di dalam sebuah bilik dan membakar bilik itu.

Remaja tersebut telah mempuyai sebuah motosikal, tapi tetap meminta motosial baru

Kejadian itu bagaimanapun disedari jiran apabila mangsa menjerit meminta tolong.

Dilaporkan mangsa, Soma Manna, 40, dilaporkan kritikal dengan hampir 90 peratus badannya terbakar.

Suspek yanag melarikan diri sejurus kejadian bagaimanapun ditahan polis apabila dia datang untuk menduduki peperiksaan Madhyamik Bengali, pada keesokkan harinya.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: