Cari Jodoh : Manusia Ada Facebook, Lembu Ada Tudder

Cari Jodoh : Manusia Ada Facebook, Lembu Ada Tudder

Sharing is caring!

United Kingdom (UK), satu aplikasi baru dinamakan Tudder diwujudkan kepada para penternak untuk memudahkan mereka mencari pasangan bagi lembu-lembu ternakan mereka.

Menurut laporan Washington Post, dengan menggunakan aplikasi itu, penternak dapat melihat imej ‘calon’ yang sesuai dengan haiwan ternakan mereka secara lebih terperinci dari segi usia, lokasi dan pemiliknya.

Penternak yang sudah memilih seekor atau sekelompok lembu akan diarahkan untuk ke laman web Tudder sebelum dihubungkan dengan pemilik lembu untuk proses penawaran.

Dalam pada itu, seorang penternak dari Carmartheshire, Marcus Lampard, 76 tahun, memiliki seekor lembu jantan yang terdaftar di aplikasi tersebut.

“Lebih mudah untuk memasarkan lembu secara dalam talian. Pada usia saya, kami tidak cukup pandai untuk menggunakan teknologi masa kini.

“Tetapi saya diberitahu oleh cucu saya bahawa jika tidak menggunakan aplikasi itu, ia pasti sukar untuk mendapatkan pasangan bagi lembu ternakan kami,” katanya.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: