Kanak kanak Maut Tertusuk Pisau

Kanak kanak Maut Tertusuk Pisau

Sharing is caring!

Hajat terakhir seorang kanak-kanak untuk minta dibuatkan susu berakhir dengan tragedi apabila maut akibat tertusuk pisau melapah di rumahnya di Kuala Kurau, Perak.

Dalam kejadian menyayat hati di Parit Telok Pial, Kuala Kurau, pagi tadi mangsa, Nur Qaisara Medina Supian,2, tertusuk pisau sepanjang kira-kira 6 inci di perut.

Menurut ibu mangsa, Hana Mazlan,27, anaknya baru selesai mandi dan meminta dibuatkan susu namun tiba-tiba terus berlari dan terpijak pinggan yang ada pisau di lantai dan terjatuh.

Ia disedari ketika beliau meriba mangsa yang menangis kuat dan mendapati ada pisau tertusuk di badannya.

Bapa mangsa ketika kejadian berada di tempat kerja  terus bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan namun anaknya disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut beliau, pisau yang tertusuk anaknya itu adalah pisau melapah daging.

Beliau reda dengan tragedi yang menimpa.

Jenazah anaknya itu akan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian yang dijangka akan dibuat pagi esok.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: