Maut Tergantung Di Sisi Kapal [Video]

Maut Tergantung Di Sisi Kapal

Sharing is caring!

Seorang individu dipercayai kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui dalam keadaan tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Kemaman, Kuala Terengganu, petang hari ini.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kejadian dikatakan disedari kapten kapal berkenaan yang ternampak objek manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di bahagian sisi kapal itu.

Sumber berkata, kapten kapal berkenaan kemudian menghubungi pegawai keselamatan di Pelabuhan Kemaman jam 2.45 petang menggunakan alat komunikasi berfrekuensi tinggi (VHF) untuk memaklumkan kejadian.

Katanya, sebaik menerima laporan, pegawai keselamatan berusia 34 tahun yang bertugas di pelabuhan itu membuat laporan ke Balai Polis Kemaman untuk tindakan lanjut.

Ketika kejadian, kapal berkenaan berada di kawasan bersauh (anchorage area) pada jarak kira-kira 2.5 batu nautika dari Kemaman,” 

 

Gambar menunjukkan objek manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di sisi kapal

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video tergantung sisi kapal :

 

Sumber : Bharian

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: