Tak Cukup Belanja Kahwin, Bakal Pengantin Cetak Wang Palsu

Tak Cukup Belanja Kahwin, Bakal Pengantin Cetak Cang Palsu

Sharing is caring!

Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan polis pada tengah hari semalam dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu itu dengan wang tulen.

Namun, katanya, siasatan polis mendapati suspek telah menyerahkan wang berkenaan kepada tunangnya namun keaslian wang tersebut dicurigai dan suspek telah dinasihati untuk membuat laporan polis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari mesin ATM.

“Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 dari mesin ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsu kepada tunangnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber – Bernama

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: