Kanak-kanak 12 Tahun Didera Ibu & Ayah Tiri

Kanak-kanak 12 Tahun

Sharing is caring!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan teruk di belakang badan dipercayai akibat didera ibu bapanya.

Kanak-kanak malang itu dipercayai didera menggunakan wajar mikrofon, rotan dan penyangkut baju hingga mengalami luka sejak dua tahun lalu iaitu ketika berusia 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, susulan insiden itu, pihaknya menahan pasangan suami isteri di sebuah rumah di Kampung Majidee, Johor Bahru.

Lelaki yang ditahan itu merupakan bapa tiri kepada mangsa dan bekerja sebagai pemandu bas di Singapura Manakala wanita itu pula adalah ibu kandung kepada mangsa, warganegara Indonesia

Kanak-kanak tersebut sedang menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Johor Bahru.

Kesan penderaan terhadap kanak-kanak tersebut

Polis turut merampas seutas wajar mikrofon, sebatang rotan dan penyangkut baju dari rumah tersebut yang dipercayai digunakan untuk mendera kanak-kanak terbabit.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: