Wanita Popular Review Makan Sabun [Video]

Wanita Popular Review Makan Sabun

Sharing is caring!

Seorang wanita di Indonesia menjadi popular di media sosial selepas berkongsi videonya menjilat dan memakan pelbagai jenis sabun mandi serta memberi ulasan produk mana yang lebih sedap.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Khosik Assyifa, 21, berasal dari Jawa Timur menjadi popular di media sosial selepas berkongsi tabiat makanan peliknya di Instagram.

Wanita itu memuat naik video menunjukkan dia menjilat dan memakan beberapa sabun mandi serta memberi ulasan mengenai rasanya.

Khosik bukan menjilat sabun mandi itu dengan hujung lidahnya tetapi dia menjilat dan memakannya seperti aiskrim

Khosik juga dilihat memakan sabun itu seperti makanan yang enak dan video berkenaan mendapat beribu-ribu komen dan ‘like.’

Dalam satu temu bual dengan portal Ngopibareng, Khosik berkata, tabiat peliknya bermula apabila dia mengidam untuk memakan sabun mandi ketika mengandung anak sulung kira-kira dua tahun lalu.

“Saya mula memakan sabun dengan wangian buah-buahan ketika mandi dan terus menyukai rasanya. Bagaimanapun, saya malu untuk memberitahu suami saya hinggalah video saya tular di media sosial,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah mengalami sakit atau kembung perut dan loya sepanjang memakan ‘makanan’ kegemarannya itu.

Khosik memberitahu, kali pertama dia memuat naik video memakan sabun kira-kira dua minggu lalu sebagai satu gurauan tetapi tidak menyangka ia menjadi popular dan ditonton lebih 260,000 kali serta mendapat beribu-ribu ‘like.’

Video review makan sabun :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: