Guru Tadika Pukul, Tendang & Heret Kanak-Kanak [Video]

Guru Tadika Pukul, Tendang & Heret Kanak-Kanak [Video]

Sharing is caring!

Dua guru tadika warga China di Itali ditangkap selepas satu rakaman video dari kamera tersembunyi menunjukkan mereka memukul, menendang dan mengheret kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Kejadian dilaporkan berlaku di Tuscany , Itali.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Guru wanita dilihat mengangkat dan menghayun seorang kanak-kanak

Media Itali melaporkan, melalui kamera yang dipasang secara rahsia oleh polis, Zheng Moli, 38, dan Hong Pingping, 26, didapati mendera kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga hingga enam tahun itu sebanyak 41 kali pada bulan lalu sahaja.

Dalam rakaman video yang disiarkan polis, menunjukkan seorang guru wanita menampar dan menendang seorang kanak-kanak yang duduk di kerusi sebelum mengheretnya keluar kelas.

Rakaman video dari kamera tersembunyi

Seorang lagi guru wanita pula dilihat mengangkat dan menghayun seorang kanak-kanak ketika memarahinya.

Satu lagi kejadian berasingan, seorang guru mengejar seorang kanak-kanak lelaki dan memukulnya dengan menggunakan mop.

Kamera itu turut merakamkan kanak-kanak dipukul dengan rotan dan jatuh selepas ditolak oleh guru di tadika berkenaan.

Media di China melaporkan, Zheng yang memperoleh ijazah pendidikan di China mendakwa, dia bukan mendera tetapi itu adalah cara pengajaran yang biasa dilakukan negara asalnya.

Cik Zheng mendakwa kaedah ‘pengajaran’ seperti itu ‘normal’ di negara asalnya

“Tiada siapa yang memberitahu saya supaya tidak menggunakan rotan di Itali,” katanya yang menambah tujuan menggunakan rotan adalah untuk mendisiplinkan kanak-kanak.

Kedua-dua guru wanita itu yang bekerja di sebuah tadika di China Town di Prato ditangkap pada 31 Januari lalu dan kini didakwa di mahkamah.

Menurut laporan La Repubblica Firenze, kanak-kanak yang belajar di tadika itu adalah daripada penduduk etnik Cina yang menetap di Itali.

Rakaman video dari kamera tersembunyi :

Sumber : Hmetro, Dailymail

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: