Cekik Isteri Sebab Enggan Henti Bercakap

Cekik Isteri Sebab Enggan Henti Bercakap

Sharing is caring!

Seorang suami mencekik isteri yang baru dikahwini sebelum meletakkan mayat wanita itu di dalam tong sampah berminggu lamanya kerana hendak wanita itu berhenti bercakap.

JOSHUA BURGESS dan Shannon Madill telah berkenalan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Joshua Burgess, 31, kemudian menanam mayat isterinya, Shannon di halaman belakang rumah mereka kerana tidak mahu wanita itu meninggalkannya.

Dalam tempoh tujuh bulan isterinya ‘hilang’ Joshua terus berpura-pura bersedih bersama-sama dengan keluarga mentuanya.

Tidak cukup mencekik wanita itu dengan kedua-dua belah tangannya, lelaki terbabit turut menggunakan tali pinggangnya agar Shannon berhenti bercakap.

Kediaman pasangan dimana kejadian tersebut berlaku

Apabila wanita itu ‘diam’, mayatnya dimasukkan ke dalam tong sampah yang dibiarkan di beranda rumah kelamin mereka di Ramsay sepanjang musim sejuk.

“Saya memilih untuk menanamnya di halaman rumah kerana tidak mahu dia tinggalkan saya,” ujar Joshua kepada pihak polis sewaktu dalam tahanan, tujuh bulan selepas kejadian itu.

Apabila salji mula mencair, Joshua mula menggali halaman belakang rumah mereka dan menanam jasad Shannon.

Sumber : CBC

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: