Saintis Jumpa Ikan Paus Dalam Hutan

Saintis Jumpa Ikan Paus Dalam Hutan

Sharing is caring!

Penemuan bangkai seekor ikan paus jenis humpback di tengah-tengah hutan hujan Amazon mengejutkan beberapa saintis.

Ahli biologi dari Brazil mendakwa ia adalah sesuatu yang pelik bila seekor haiwan mamalia yang biasanya hidup di kawasan air masinĀ  boleh berada jauh ke tengah hutan dikelilingi persekitaran air tawar.

Haiwan raksasa bersaiz 36 kaki tersebut dipercayai masih anak dan berumur sekitar setahun.

Bangkai paus humpback yang ditemui

Para saintis percaya anak paus itu berkemungkinan besar terpisah dari ibunya dan dibawa ombak sehingga ke kawasan bakau di pinggir hutan dan terdampar hingga ke tengah akibat kenaikan pasang surut air.

Paus humpback biasa ditemui di kawasan berhampiran Antartika di mana terdapat banyak sumber makanan mereka dan sering dilihat di kawasan negeri Bahia di utara Brazil dari bulan Ogos hingga November.

Sumber : express uk

Video :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: