Gatal Tekak, Batuk.. Rupanya Ada Lintah

Gatal Tekak, Batuk.. Rupanya Ada Lintah

Sharing is caring!

Doctor menjumpai lintah dewasa dalam kerongkong seorang lelaki selepas pesakitnya mengadu gatal tekak dan batuk berdarah.

Setelah dua bulan mengalami batuk berdarah, Li, 60 tahun, tekad untuk mencari seorang pakar di Hospital Perubatan Cina Tradisional Daerah Xingwen di bandar Yibin, China.

Selepas doktor melakukan prosedur endoskopi terhadap Li, dia menjumpai seekor lintah di dalam kerongkongnya.

Doktor kemudiannya menggunakan sedatif aerosol untuk menenangkan lintah tersebut dan kemudian menarik keluar lintah yang berukuran 10 cm itu dengan sepasang forsep.

Sebelum ini, Li berulang kali disalah diagnos dengan penyakit misteri, namun ia akhirnya terjawab selepas dia dirawat di hospital berkenaan.

Li yang menetap di luar bandar perbandaran Daba, dipercayai telah menelan telur lintah melalui pengambilan air yang belum dimasak.

Lintah tersebut kemudian menetas dan menetap di dalam kerongkong Li dengan menghisap darahnya selama dua bulan.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: