Bayi Terkecil Di Dunia, Lahir Sebesar Bawang

Bayi Lahir Sebesar Bawang

Sharing is caring!

Bayi pramatang yang ketika dilahirkan hanya seberat 268 gram, iaitu hanya sebesar bawang besar memecah rekod dunia sebagai bayi paling kecil yang berjaya hidup.

Selepas lima bulan menerima rawatan, bayi lelaki itu kini mempunyai berat 3.2 kilogram dan dibenarkan keluar hospital minggu lalu, kata Hospital Universiti Keio.

Bayi terbabit dilahirkan ketika berusia 24 minggu selepas berhenti membesar di dalam rahim ibunya

Hospital berkata, pakar tidak dapat menjelaskan keadaan yang dialami oleh bayi itu namun terdapat kemungkinan ia berkaitan dengan pertumbuhan paru-parunya yang perlahan,

“Saya gembira kerana dia membesar kerana secara jujurnya, saya sebenarnya tidak pasti sama ada dia berpeluang untuk hidup atau tidak,” kata ibu bayi itu.

Hospital itu yang memetik data daripada Universiti Iowa berkata, rekod sebelum ini dipegang oleh bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman pada 2009 dengan berat 274 gram.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: