Kejam, Ibu Masukkan 10 Jarum Dalam Badan Bayi

Sharing is caring!

Seorang wanita dipenjara 8 tahun kerana memasukkan 10 jarum ke dalam beberapa anggota badan anak lelaki berusia sembilan bulan menerusi upacara bagi memanggil suaminya pulang ke rumah.

Ujian X-ray menunjukkan sebanyak 10 jarum di dalam badan mangsa

Mukhayo Yakubova, 27, mendakwa mempercayai upacara itu akan membawa suami berusia 30 tahun yang bekerja sebagai buruh di Rusia kembali ke pangkuan keluarga di Tajikistan.

Perbuatan kejam Yakubova terbongkar selepas seorang saudara menemui sebatang jarum dalam mulut Mudassir Karimov dan ujian X-ray menunjukkan sebanyak 10 jarum di dalam badan mangsa.

Daily Mail melaporkan bayi malang itu terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan jarum yang ditanam dalam tengkorak, hidung, leher, dada dan kaki.

Jurucakap Hospital Karabolo, Shukhrat Choriev berkata beberapa jarum didapati sudah berkarat dan doktor mempercayai jarum itu berada dalam badan mangsa selama tiga bulan.

Biarpun pada awal siasatan Yakubova menafikan perbuatannya, makamah tetap menjatuhkan hukuman penjara dan bayi berkenaan dilaporkan beransur pulih dari rawatannya.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: