Bukan Rezeki Saya

Bukan Rezeki Saya

Sharing is caring!

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali akur dengan kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi.

Muhammad Aiman Zainali calon Pakatan Harapan

Aiman menganggap kekalahan itu sebagai bukan rezeki beliau ekoran gagal mempertahankan kerusi yang pernah disandang oleh arwah bapa mentuanya.

“Ini bukan rezeki saya. Tidak apalah, yang pasti semangat juang saya masih sama. Saya tidak akan ke mana-mana sebaliknya akan terus aktif berpolitik,”

“Tempat tinggal sendiri masih lagi sama, saya masih penduduk di sini.

“Kalah atau menang, saya akan terus berjuang dan menguatkan diri serta parti di sini,” Aiman calon Pakatan Harapan

Zakaria menang dengan majoriti 1,914 undi
Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: