Kulit Melepuh Disebabkan Inai ! Ini Puncanya

Kulit Melepuh Disebabkan Inai ! Ini Puancanya

Sharing is caring!

Inai sering digunakan sebagai pewarna hiasan bagi masyarakat dunia terutama bagi wanita Asia dalam melangsungkan perkahwinan.

Kini terdapat pewarna sintetik yang digunakan sebagai pengganti inai semulajadi.

Didapati warna yang dihasilkan oleh bahan sintetik lebih menyerlah dan tahan lebih lama. Sebagai contoh,  “black henna” atau inai hitam sering digunakan sebagai label penjenamaan pewarna sintetik ini.

Secara umum, salah satu bahan yang digunakan dalam penghasilan inai sintetik hitam ini adalah paraphenylenediamine (PPD), kompoun kimia yang sama terdapat dalam bahan pewarna rambut.

Bahan ini diklasifikasikan sebagai toksik dan tidak sesuai diaplikasikan pada kulit. Penggunaan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit terbakar,  iritasi, gatal, melepuh dan membengkak.

Selain itu,  ia turut meninggalkan parut kekal. Oleh yang demikian,  berhati-hati dalam pemilihan produk kecantikan. Kadangkala ia boleh memudaratkan!

Kredit : Azwan Lazim

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: