Ikan Kering Haram [Video]

Ikan Kering Haram

Sharing is caring!

Tahap kebersihan kawasan pemprosesan ikan dan udang kering di Langkawi, Kedah perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa. Ini berikutan terdapat banyak aduan diterima termasuk kes makanan tersebut dipijak oleh sekumpulan anjing.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Terbaharu, seorang wartawan sebuah stesen televisyen sempat merakam satu insiden anjing menjilat dan memakan ikan yang dijemur.

Situasi itu menjijikkan apabila difahamkan ikan berkenaan yang diproses di kawasan tersebut adalah untuk pasaran di seluruh negeri utara khususnya Kedah dan Perlis.

Menurut Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU),banyak menerima aduan berkaitan kebersihan pemprosesan makanan terutama membabitkan ikan dan udang kering di kawasan utara.

Insiden sekumpulan anjing yang memenuhi kawasan jemuran ikan kering tidak boleh dipandang ringan kerana makanan tersebut akan dimakan pula oleh pengguna.

“Pihak yang berkaitan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu berada di barisan depan dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini,” katanya, di sini hari ini.

Tambah beliau, ikan kering merupakan antara makanan kegemaran rakyat khususnya di negeri-negeri utara dan sehubungan itu tahap kebersihannya perlu dijaga.

Video (Awani) :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: