Untungnya… Syarikat Tawar Bercuti Jika Tiada Mood Kerja

Untungnya… Syarikat Tawar Bercuti Jika Tiada Mood Kerja

Sharing is caring!

Sebuah syarikat taman tema di China membenarkan kakitangannya mengambil cuti sekiranya hilang mood untuk bekerja.

Daily Mail melaporkan, pekerja syarikat China Dinosaurs Park itu tidak perlu menjelaskan alasan panjang, sebaliknya hanya memberitahu bahawa mereka kurang bersemangat untuk bekerja pada hari berkenaan.

Setiap pekerja diberi kebenaran mendapat sehari cuti bergaji untuk berehat.

Jurucakap syarikat, Chen Qingcheng berkata, polisi itu dilaksanakan sejak tiga tahun lalu bagi memastikan kakitangan bekerja dalam suasana gembira sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

“Apabila pekerja gembira, mereka boleh melayan pelanggan dengan gembira,” katanya.

Langkah syarikat itu turut mendapat pujian netizen di media sosial yang menyifatkannya sebagai tindakan terpuji dan berperikemanusiaan.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: