Gajah ‘Mengunyit’ Untuk Kekal Sihat

Gajah ‘Mengunyit’ Untuk Kekal Sihat

Sharing is caring!

Jangan salah sangka. Bukan seperti apa yang anda bayangkan. Jika sebelum ini dijadikan sebagai rempah ratus, kunyit juga terkenal mempunyai pelbagai khasiat lain antaranya mampu merawat luka kecil, merawat gigitan serangga dan sebagai agen pemulih kulit.

Gajah dilumur serbuk kunyit

Selain itu pasti ramai yang tidak tahu bahawa kunyit juga boleh digunakan untuk perubatan haiwan.

Untuk itu, seekor gajah di Zoo Negara telah ‘dimandikan’ dengan serbuk kunyit bagi memberikan khasiat tambahan kepada kulit haiwan tersebut.

Pengeluar rempah ratus terkenal negara, Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah menjalankan proses tersebut.

Sebanyak tujuh kilogram serbuk kunyit telah digunakan untuk dilumurkan pada badan seekor gajah. Lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah supaya khasiat pada kunyit dapat meresap masuk ke dalam kulitnya.

Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di banyak zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit dipercayai baik untuk kulit gajah.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: