AWAS : 45 Kamera Menanti Pemandu Degil

AWAS : 45 Kamera Menanti Pemandu Degil

Sharing is caring!

Kementerian Pengangkutan memaklumkan sebanyak 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah beroperasi sejak 1 Mac lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan , daripada jumlah itu, 29 adalah kamera peraturan had laju dan 16 kamera peraturan lampu isyarat.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat, beliau menyatakan  bahawa semua AWAS tersebut dipasang di semenanjung Malaysia.

Menurutnya, kos pemasangan sebuah kamera adalah di antara RM200 ribu sehingga RM250 ribu termasuk kos kerja tanah, kos kabel elektrik, kos pembangunan infrastruktur dan kos kamera.

Sehingga kini, lebih kurang 90,000 saman AWAS telah dikeluarkan.

Kerajaan juga sebelum ini telah memansuhkan lebih 4 juta saman AES bernilai RM600 juta memandangkan hasil kutipan berkenaan tidak diperoleh kerajaan, sebaliknya dua syarikat swasta dilantik.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: