Penyamun MacGyver : Tiga Minit Kereta Lesap

Penyamun MacGyver : Tiga Minit Kereta Lesap

Sharing is caring!

Hanya tiga minit diperlukan seorang penjenayah untuk melarikan sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan di Ampang, semalam.

Menurut laporan, pemilik kereta tersebut menyedari kereta Proton Satria miliknya itu hilang selepas mendapati ia tiada di lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi ketika mahu ke tempat kerja yang terletak di tingkat bawah bilik sewanya.

Rakaman CCTV penjenayah mencuri kereta di Ampang

Berdasarkan rakaman CCTV, ada dua lelaki menaiki motosikal dan memakai helmet tutup muka penuh dilihat memberhentikan motosikal di kedai sebelah sebelum penunggang motosikal itu turun dan menghampiri keretanya.  Lelaki itu kemudian dilihat beberapa kali cuba membuka pintu kereta di tempat duduk pemandu dipercayai menggunakan kunci pendua.

Sebaik berjaya membuka pintu kereta itu, dia terus melarikan kenderaan tersebut sambil diekori rakannya yang menunggang motosikal.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: