Rezeki Pari 250kg

Rezeki Pari 250kg

Sharing is caring!

250 kilogram! Itu berat seekor ikan pari gergasi yang berjaya ditangkap seorang nelayan, Mazelen Wan, 34, dari Kuala Sibuti, di sini kelmarin.

“Pada awalnya, saya cuma mahu memukat udang halus, lebih-lebih lagi sekarang sedang musim udang berkenaan, terutama di perairan wilayah utara Sarawak.

“Namun, tidak sangka saya memperoleh tangkapan besar apabila seekor ikan pari gergasi terperangkap dalam pukat yang saya pasang,” katanya kepada NSTP, di sini hari ini.

Disebabkan saiznya yang besar, ikan berkenaan terpaksa ditunda menggunakan bot kecil digunakannya ke tepi pantai sebelum dinaikkan ke darat, seterusnya dijual kepada peraih.

“Ini tangkapan terbesar pernah saya peroleh sepanjang pengalaman menjadi nelayan. Saya tidak sangka ikan pari gergasi boleh terjerat dalam pukat saya.

“Mulanya, saya menyangka pukat penuh dengan udang, namun apabila dinaikkan, memang saya terkejut mendapati seekor ikan pari besar terperangkap,” katanya.

Mazelen berkata, beliau terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan untuk menarik ikan berkenaan ke daratan.

“Di Perairan Sibuti sebelum ini, memang pernah saya mendengar kisah pemancing menaikkan ikan pari yang besar tetapi beratnya kurang 100 kilogram.

“Ikan pari yang saya peroleh ini adalah rekod tangkapan baharu bagi nelayan di Kuala Sibuti,” katanya.

Sumber : Berita Berita

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: