Mahkamah Tolak Kentut Sebagai Tindakan Buli

Mahkamak Tolak Kentut Sebagai Tindakan Buli

Sharing is caring!

Satu kes buli di tempat kerja difailkan seorang jurutera terhadap bekas penyelianya yang didakwa suka kentut telah ditolak Mahkamah Rayuan negeri Victoria hujung minggu lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Agung Australia bahawa walaupun dakwaan David Hingst, 56, itu benar, kentut tidak semestinya dianggap satu tindakan membuli.

Hingst, bagaimanapun, enggan mengalah dan mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi iaitu peringkat terakhir rayuan dalam sistem perundangan Australia.

David Hingst, 56, (gambar) failkan saman $ 1.8 juta terhadap bekas majikannya, walaubagaimanapun pihak mahkamah menutup kes tersebut

Dia turut menuntut ganti rugi sebanyak A$1.8 juta (RM5.2 juta) daripada bekas majikannya di Melbourne iaitu syarikat Construction Engineering.

Bekas penyelianya, Greg Short didakwa masuk ke pejabat Hingst yang tiada tingkap beberapa kali sehari semata-mata untuk kentut malah dituduh menganggap perbuatan itu sebagai satu bentuk lawak jenaka.

“Dia pernah kentut di belakang saya sebelum melarikan diri dan mengulanginya sebanyak lima ke enam kali setiap hari,” kata Hingst ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. Short bagaimanapun menyatakan dia tidak ingat pernah kentut di pejabat Hingst.

Hingst bekerja sebagai pentadbir kontrak di syarikat itu antara Mei 2008 hingga April 2009 dan mendakwa sering dibuli di tempat kerja sebelum dia dipecat.

Sumber : kosmo, dailymail

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: