Piala FA : Aura AFC Semangat Untuk Perak Beraksi Malam Ini

Piala FA : Aura AFC Semangat Untuk Perak Beraksi Malam Ini

Sharing is caring!

Malam ini Perak sekali lagi beraksi setelah berehat hampir dua minggu. Kali ini kemaraan ke pusingan ketiga Piala FA jadi taruhan untuk Perak, berhadapan dengan Negeri Sembilan akan berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh.

Apakah anak buat Mehmet Durakovic mampu melepasi saingan sengit dari kem Liga Perdana ini?

Perak seharusnya tidak memandang mudah terhadap mana-mana pasukan yang bakal dihadapi dan Negeri Sembilan pasti memberi tentangan sengit. Begitupun, bermain di Stadium Perak malam ini, Perak berpeluang memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Berdasarkan rekod, seharusnya Perak tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga saingan Piala FA kali ini kerana Negeri Sembilan bukanlah lawan yang perlu digusarkan. Apatah lagi dengan prestasi yoyo skuad itu dalam kempen liga perdana musim ini.

Ketika ini skuad Jang berada di kedudukan kelima liga dengan dua kemenangan dari tujuh perlawanan dan mengumpul 10 mata, beza 4 mata dari pendahulu, Sabah.

Manakala Perak pula di kedudukan ke lapan liga dengan 7 mata. Namun begitu status sebagai pasukan liga super seharusnya mampu menghadirkan gerun pasukan lawan tambahan pula bermain di gelanggang sendiri.

Perak seharusnya tidak memandang mudah cabaran skuad Jang kali ini.

Namun, Perak perlu waspada kerana berdasarkan perlawanan terdahulu, prestasi pemain khususnya pemain import masih belum mencapai tahap memuaskan. Kelibat Gilmar, Wander Luis dan Leandro masih biasa-biasa berbanding dengan pemain tempatan.

Piala FA mempunyai aura yang tersendiri dan diharap untuk permulaan kempen kali ini, para pemain khususnya import pasukan dapat membuktikan sesuatu untuk memastikan langkah Perak terus bergaya.

Perlu diingat juara Piala FA ini menjamin tempat di saingan AFC musim akan datang dan Perak seharusnya mengambil peluang untuk setidak-tidaknya mengulangi aksi tahun ini untuk bersaing diperingkat Asia.

Selain Perak, team ‘adik’ PKNP FC juga akan berkunjung ke Terengganu menentang pasukan liga ketiga (M3) Batu Dua FC. Moga berjaya PKNP FC!

“Moh yobs dan yongs sekelian…mungkin sebelum ni Perak main tak seperti yang kita nak..berterabur…susah nak buat gol..tapi siapa lagi nak sokong kalau bukan kita…walaupun main hari rabu, boleh je kita turun ke stadium untuk bagi sokongan pada team kita…moga aura Piala AFC dapat bagi semangat pada pemain untuk beri persembahan terbaik dan dapat ke pusingan seterusnya…jangan lupe jugak team ‘adik’ PNKP FC.. dah dapat kemenangan pertama game yang lepas ni lawan Batu Dua FC…moh anto je deme ke batu dua..”

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: